zanzulikha
Khamis, 2 Ogos 2012
Isnin, 30 Julai 2012
Assalamualaikum..dah lama tak menjengah ke blog nie...Almaklumlah, buzy memanjang dgn kerja2 seharian..Diam tak diam dah 10hari kita menjalankani ibadah puasa. Memula tu, mmglah tak rasa letih stg. Tapi bila dah masuk hari ke 9, dgn hujan tak turun2 di bumi Pasir Gudang nie..badan mula lah dah terasa lesu. Selera makan di bulan puasa pd mulanya ok2 je. Tapi bila tiap hari badan dah makin letih, mula lah berselera time berbuka. Maka, terpaksalah sang isteri berusaha sedaya upaya utk memenuhi selera seisi keluarga.
Hari ni, sang isteri sibuk di dapur menyiapka juadah berbuka. Menu hari ini nasi ayam dgn karipap.Knkdg tu berbagi juga juadah dgn jiran tetangga. Tup2 teringat lak kenangan pada zaman dahulu. Zaman kecik yag tak mungkin dapat berulang kembali. Zaman belajar berpuasa dgn adik beradik yang ramai dan knkwn sekampung..Time berbuka, pakai order je dgn mak. Mak pulak sporting memenuhi selera anak2 yg pelbagai. Tapi konsep bersederhana tetap diutamakan. Yang penting sedap, meriah dan bersyukur dgn apa yang ada. Tiap2 ptg lak, aku ni suka beli air gas. Masa tu dlm botol kaca lag. Perasa yang aku suka masa tu perasa anggur- Fanta.Tiap2 hari beli dgn warna yang berbeza..Berkongsi dgn adik beradik. Pas berbuka, kadang2 tak solat magrib lagi terus bermain bunga api...Dlu belum ada larangan bermain mercun lagi. Meriam buluh, mercun roket,mercun rumah, mercun lalat..semua tu aku pernah main. Sampai terbakar baju raya pn ada.
Tapi sekarang, bila tgk anak2 sedara bermain bunga api atau mercun, kenkdg aku pn tumpang sekaki jgk. Tapi masih berhati2. Dan bila tgk ramai yang menjadi mangsa mercun, aku mula menasihati anak2 buah aku agar berhati2 atau kalau boleh tak payah main langsung.
Selasa, 10 Julai 2012
hari pertama aku sebagai blogger
hari ini 10hb julai aku cuba-cuba nak buat blog sendiri tak sangka menjadi
Langgan:
Catatan (Atom)
.jpg)